Amalan infaq (termasuk telaga) merupakan salah satu sedekah jariyah yang mana pahalanya akan berterusan mengalir, meskipun selepas seseorang itu meninggal dunia.
Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah,
“Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia, apakah sedekah paling afdal untuknya?” Rasulullah S.A.W bersabda “Air…” Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad….”
(Hadith Saad Riwayat Abu Daud)
Infaq Telaga untuk umat Islam di Asia Tenggara khususnya di Arakan, Myanmar dan sekitarnya.
Terdapat lebih dari 500 penduduk dalam setiap kampung, ianya terlalu padat dan susah bagi mendapatkan sumber air yang bersih untuk kegunaan harian. Kempen 1 Rumah 1 Telaga bertujuan agar saudara se-Islam kita di sana mempunyai sumber air yang bersih untuk kegunaan harian.
JOM KITA BERINFAQ
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)
Kelebihan lain bagi yang melakukan sedekah jariyah atau infaq:
- Melakukan tabungan untuk kehidupan di akhirat kelak.
- Mempunyai pahala yang mengalir tidak putus-putus walaupun sudah meninggal dunia .
- Penyucian ke atas harta yang dimiliki daripada sebarang keburukan.
- Berkongsi manfaat dari harta yang diinfaqkan bersama umat Islam lain dalam menyemarakkan syiar Islam.
- Tergolong dalam golongan yang dijanjikan AllahS.W.T yang akan mendapat ganjaran pahala berlipatganda.
- Mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah.
- Harta infaq hanya akan digunakan pada jalan yang dibenarkan dan keuntungan daripadanya digunakan untuk jalan kebaikan.
- Membangun peradaban muslim yang kuat.
- Membantu penginfaq untuk mendapatkan kehidupan akhirat yang lebih baik.
- Kesedaran tentang hakikat bahawa harta benda di dunia ini tidak kekal.
- Menanam sifat zuhud dan sifat tolong menolong dalam amal kebaikan dan kemaslahatan sesama umat Islam.
PROSES PEMBINAAN TELAGA INFAQ
Proses pembinaan telaga infaq mengambil masa 3 hingga 5 hari kemudian diserahkan kepada penduduk setempat. Proses pembinaan adalah seperti berikut:
01. Menggerudi lubang perigi
02. Memasang tiub & kepala perigi
03. Menguatkan struktur & membina lantai
TELAGA INFAQ ARAKAN, MYANMAR
Bagi setiap pembinaan telaga infaq, penderma akan diberikan foto atau video sebagai bukti dan cenderahati. Video atau foto termasuk:
- Pemasangan lantai telaga
- Proses mengali mata air
- Pembinaan telaga
- Pemasangan pam air
- Telaga yang telah siap
- Proses serahan telaga
Apakah manfaat kepada mereka sekiranya anda turut serta program ini?
1 telaga boleh dimanfaatkan kepada 1 buah rumah @ sekolah saudara Islam kita di sana.
Menjadi sumber utama air bersih untuk kegunaan asas seperti membersih beras, penyediaan makanan dan minuman.
Membantu saudara Islam kita dalam urusan kebersihan harian (sanitasi).
Telaga di setiap rumah, sekolah & tempat solat untuk membantu mereka beribadat dengan air bersih.
Infaq Telaga sekarang melalui
KEMPEN INFAQ AMAL – 1 RUMAH 1 TELAGA
PAKEJ 1400
Satu lot berharga RM1400
Satu telaga sendiri (tidak berkongsi bersama penderma yang lain).
Sijil, gambar dan video telaga akan diberikan kepada penderma selepas telaga siap dibina.
Nama tercatat di telaga dan tidak berkongsi dengan penderma yang lain dan boleh meletakkan lebih dari satu nama.
PAKEJ 700
Satu lot berharga RM700
Satu telaga dikongsi berdua (bersama 1 penderma yang lain).
Sijil, gambar dan video telaga akan diberikan kepada penderma selepas telaga siap dibina.
Nama tercatat di telaga dan akan berkongsi dengan 1 nama yang lain.
PAKEJ 350
Satu lot berharga RM350
Satu telaga dikongsi berempat (bersama 3 penama yang lain).
Sijil, gambar dan video telaga akan diberikan kepada penderma selepas telaga siap dibina.
Nama tercatat di telaga dan akan berkongsi dengan 3 nama yang lain.
PAKEJ 100
Saya cuma ingin berinfaq dan dimasukkan kemana-mana bahagian telaga yg mempunyai kekosongan.
*Nama saya akan diletakkan dibawah penama “hamba Allah” selepas cukup hasil kutipan perkongsian untuk 1 bahagian RM350*
PAKEJ 50
Ini sahaja yg saya ada untuk di infaq di jalan Allah.
*Nama saya akan diletakkan dibawah penama “hamba Allah” selepas cukup hasil kutipan perkongsian untuk 1 bahagian RM350*
Galeri Infaq Telaga
KENAPA SI MATI MEMILIH UNTUK BERINFAQ (BERSEDEKAH) SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?
- Sebagaimana firman Allah, “Wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah…” (Surah al-Munafiqun: Ayat 10) Sedangkan dia tidak pun berkata “supaya aku dapat mengerjakan umrah” atau “supaya aku dapat solat” atau “supaya aku dapat berpuasa”? Seorang ulama berkata, “Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.”
- Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu’min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
- Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.
- Oleh itu realisasikanlah harapan mereka dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.
- Bersedekahlah. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada org yg bersedekah.